web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inkues Zara Qairina: Patung Simulasi Kaki Patah, Kepala Tercabut Dikemukakan Di Mahkamah

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2025 1:49PM

Patung simulasi imkues Zara Qairina yang dibalut dibawa ke Mahkamah Koroner hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Patung yang digunakan bagi membuat simulasi untuk menggambarkan keadaan Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar, dibawa pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Patung berkenaan yang dibungkus dalam dua bungkusan warna coklat, dibuka Inspektor Siasatan Tempat Kejadian Maidon Bernadus dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.

Saksi kelima itu, menunjukkan keadaan patung yang rosak, iaitu di kedua-dua kaki kiri dan kanan patah serta kepala patung tercabut akibat dijatuhkan dari tingkat tiga asrama berkendan pada 3 Ogos lepas.

Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa beliau bersama pasukannya menjalankan dua simulasi menggunakan patung berkenaan, iaitu pertama dijatuhkan secara tegak lurus dari koridor tanpa tolakan, manakala kedua dengan tolakan minimum ke hadapan.

 Beliau berkata secara keseluruhan, hasil daripada simulasi mendapati, simulasi pertama, iaitu jatuhan patung ke bawah tanpa daya tolakan atau dorongan adalah hampir dengan kedudukan mangsa hasil siasatan awal, yang dilaksanakan oleh pegawai penyiasat melalui taklimat ringkas diberikan pada awalnya.

Ketika disoal peguam Shahlan Jufri yang mewakilli keluarga Zara Qairina, Maidon menjelaskan simulasi itu dibuat di tingkat tiga susulan taklimat yang diterimanya daripada pegawai penyiasat kes Inspektor Wong Yew Zhung.

"Melalui siasatan awal Inspektor Wong, menurut saksi kedudukan terakhir Zara Qairina dipercayai berada dalam tandas (di tingkat tiga) yang berhadapan dengan koridor," katanya.

Saksi itu berkata bahagian pinggang sehingga ke bawah patung dibalut dengan batu-bata menggunakan pita pelekat yang mempunyai lambang forensik, dan batu-bata difikirkan sesuai bagi menyerupai berat fizikal si mati, iaitu 53 kilogram.

Dalam pernyataan saksi, Maidon berkata berat asal patung itu ialah 10 kilogram, namun ditambah pemberat menggunakan batu-bata untuk menyerupai berat fizikal remaja berkenaan.

Berhubung soalan peguam mengapa patung 180 sentimeter digunakan sedangkan ketinggian Zara Qairina 153 sentimeter, saksi itu berkata ini kerana beliau tidak dapat mencari patung yang sama tinggi dengan mangsa.

Shahlan: Ketinggian patung lebih kurang 180 sentimeter, iaitu melebihi 27 sentimeter daripada ketinggian fizikal si mati (153 sentimeter). Bagaimana perbezaan ketinggian ini boleh memberi kesan kepada pusat graviti dan jarak jatuhan?

Maidon menjawab: "Saya tidak pasti."

Setelah saksi selesai memberi keterangan, mahkamah memerintahkan patung itu disimpan dalam milikan polis.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung dengan saksi keenam, iaitu pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papa, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, memberi keterangan.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad