web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Ditikam Dan Ditembak; Suspek Bawa Mayat Wanita Dalam Kereta 

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2025 4:58PM

Gambar Utusan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis cedera selepas ditikam dan ditembak ketika menjalankan tugas rondaan di kawasan Simpang Pulai, Ipoh awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 1.15 pagi itu turut membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, di bahagian tempat duduk belakang kereta yang dipandu suspek.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota polis dari Balai Polis Simpang Pulai ternampak kereta berkenaan di Taman Desa Pakatan.

Beliau berkata, pasukan terbabit cuba menahan kereta tersebut, namun suspek bertindak memecut laju.

“Anggota polis kemudian mengejar lelaki terlibat sebelum kenderaannya berhenti di kawasan ladang kelapa sawit.

“Berlaku pergelutan antara suspek dengan seorang anggota polis sebelum dia merampas senjata api mangsa dan melepaskan tembakan ke arah perut mangsa.

“Dalam insiden itu juga, suspek turut menikam mangsa di bahagian perut sebelum melarikan diri bersama senjata api terbabit,” katanya.

Noor Hisam berkata, anggota polis berusia 26 tahun itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan yang ditinggalkan suspek membawa kepada penemuan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang.

Identiti mangsa wanita itu bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

“Mayat wanita tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik HRPB bagi tujuan pengecaman serta mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis kini giat mengesan suspek yang melarikan diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 012-2500019 bagi membantu siasatan.

“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya. - Getaran, 7 September 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad