web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Tiba Di Tianjin Bagi Menghadiri Sidang Kemuncak SCO, Perkukuh Hubungan Dengan China

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2025 8:59PM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TIANJIN (CHINA) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini petang ini selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pagi tadi, bagi lawatan kerja empat hari ke China.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai pada 5.27 petang dan diberi sambutan permaidani merah serta kawalan kehormatan terdiri daripada 36 anggota.

Perdana Menteri dan isteri disambut oleh Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad, Menteri Pertanian China Han Jun, Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) Tianjin Wang Chang Song dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Anwar di sini atas jemputan Presiden China Xi Jinping bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Dari lapangan terbang, Anwar dan Wan Azizah bertolak ke majlis makan malam gala persidangan itu yang dianjurkan Xi selaku Pengerusi SCO di Pusat Konvensyen Meijiang Tianjin.

Esok, Anwar sebagai Pengerusi ASEAN akan menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak SCO Plus antara lain menekankan komitmen Malaysia untuk meletakkan kedua-dua negara dan ASEAN sebagai hab dinamik bagi perdagangan dan pelaburan.

Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemucak SCO menunjukkan usahanya untuk memperdalam hubungan ASEAN-SCO dan memainkan peranan sebagai jambatan antara ASEAN dengan negara anggota SCO bagi meningkatkan kerjasama dalam perdagangan, ekonomi dan bidang lain yang mempunyai keuntungan bersama.

Anwar akan turut menyampaikan syarahan umum bertajuk Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia di Universiti Tianjin, universiti moden tertua di China.

Perdana Menteri kemudiannya dijadualkan bertolak ke Beijing bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Xi di Dewan Besar Rakyat dilkuti mesyuarat dua hala dengan Premier China Li Qiang pada Selasa.

Li akan menganjurkan makan malam bagi meraikan Anwar di Diaoyutai State Guesthouse.

Anwar juga dijadualkan menghadiri Victory Day Parade sempena 80 tahun berakhirnya Perang Dunia Kedua di Dataran Tiananmen, Beijing, pada Rabu.

Selain itu, beliau akan bertemu para pelabur utama dan pengasas beberapa syarikat multinasioal China di kedua-dua bandar raya.

Lawatan ini merupakan lawatan keempat Anwar ke China sejak memegang jawatan pada November 2022, mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara sejak hubungan diplomatik diwujudkan pada 31 Mei 1974.

China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, dengan perdagangan dua hala bernilai RM484.12 bilion pada 2024 yang mewakili 16.8 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia (RM2.879 trilion).

Delegasi Perdana Menteri termasuk Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar