web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bunuh Rakan Seasrama: Pelajar Kolej Vokasional Dipenjara Seumur Hidup, 12 Sebatan 

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2025 8:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada tahun lepas.

Hakim Datuk Duncan Sikodol turut memerintahkan 12 lagi pelajar bawah umur ditahan di penjara atas perkenan Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah mengikut Seksyen 97(2) (b) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan sama.

Beliau mengarahkan semua tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh tangkapan pada 22 Mac tahun lepas.

Ketika kejadian, remaja yang dikenakan hukum penjara seumur hidup (30 tahun) itu berusia 19 tahun, manakala 12 yang lain berusia 16 dan 17 tahun.

Kesemua mereka disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama atas kesalahan membunuh rakan asrama mereka yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan.

Dalam penghakimannya, Duncan berkata pihak pendakwaan memohon supaya hukuman mati dikenakan terhadap remaja terbabit, namun beliau berpandangan pesalah itu wajar diberi peluang untuk berubah dan membina kehidupan lebih baik.

"Hukuman ini bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi juga amaran tegas bahawa mahkamah tidak akan berkompromi dengan tindakan kejam sebegini," katanya.

Duncan menegaskan budaya buli, khususnya di sekolah, bukan perkara baharu namun kini semakin serius sehingga meragut nyawa.

"Kes ini menjadi peringatan pahit bahawa buli bukan isu remeh. la memusnahkan masa depan anak-anak dan menghancurkan harapan ibu bapa.

"Ibu bapa menghantar anak ke sekolah untuk menimba ilmu dan meraih masa depan lebih baik, tetapi ada yang pulang dengan trauma malah ada yang tidak kembali langsung. Keadaan ini mesti dihentikan. Tiada kanak-kanak sepatutnya berasa tidak selamat di sekolah atau asrama dan tiada keluarga harus menanggung tragedi sebegini," katanya.

Jumaat lepas, mahkamah mendapati 13 pelajar berkenaan bersalah menyebabkan kematian Mohamad Nazmie Aizzat dan menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman.

Pada 28 Februari lepas, Duncan memerintahkan semua tertuduh membela diri atas pertuduhan membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di asrama bilik 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu, antara jam 9 malam, 21 Mac dan 7.38 pagi, 22 Mac 2024.

Pihak pendakwaan mengemukakan 25 saksi termasuk guru dan pelajar kolej berkenaan manakala pihak pembelaan memanggil 18 saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif, Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan daripada 13 remaja terbabit diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang dan Kusni Ambotuwo. — BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

13 Remaja Lelaki Didakwa Bunuh Pelajar KV Lahad Datu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad