web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand, Kemboja Ulangi Patuh Gencatan Senjata, Ikrar Tidak Tambah Tentera, Lakukan Provokasi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2025 7:43PM

Gambar MINDEF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Thailand dan Kemboja bersetuju untuk mematuhi gencatan senjata dengan teguh di sepanjang sempadan bersama mereka, dengan kedua-dua pihak mengekalkan kedudukan anggota tentera sedia ada serta tidak menambah kekuatan ketenteraan.

Menurut Minit Persetujuan Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Sempadan AM (GBC) yang dikeluarkan selepas mesyuarat luar biasa GBC di sini hari ini, kedua-dua pihak juga perlu mengelak daripada melepaskan tembakan secara provokatif ke arah kedudukan atau pasukan lawan yang boleh mencetuskan ketegangan.

"Semasa mesyuarat, kedua-dua negara berjiran itu turut bersetuju melaksanakan gencatan senjata membabitkan sema jenis senjata, termasuk serangan ke atas orang awam, objek awam dan sasaran ketenteraan masing-masing.

"Thailand dan Kemboja juga bersetuju untuk tidak membina atau menambah baik sebarang infrastruktur ketenteraan atau kubu pertahanan melepasi kawasan masing-masing, serta tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap orang awam dan objek awam dalam apa jua keadaan," menurut minit persetujuan itu.

Mesyuarat Luar Biasa GBC yang berlangsung di Wisma Perwira hari ini dipengerusikan secara bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narphanit.

Turut hadir sebagai pemerhati ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D. Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Minit Persetujuan antara Thailand dan Kemboja turut merekodkan bahawa kedua-dua pihak mencapai kesepakatan untuk mematuhiundang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam layanan terhadap tentera yang ditawan, termasuk keadaan hidup mereka, tempat perlindungan, makanan dan rawatan perubatan sekiranya cedera.

"Anggota tentera yang ditawan hendaklah segera dibebaskan dan dipulangkan selepas pemberhentian permusuhan aktif, selaras dengan Artikel 118 Konvensyen Geneva Ketiga 1949 dan Rule 128 (A) of the Customary International Humanitarian Law," menurut minit tersebut.

Minit itu turut menekankan bahawa, sekiranya berlaku konflik bersenjata, sama ada disengajakan atau tidak, kedua-dua pihak mesti segera mengadakan rundingan pada peringkat tempatan melalui mekanisme dua hala sedia ada, bagi mengelakkan keadaan daripada merebak di sepanjang keseluruhan sempadan.

Sehubungan itu, kedua-dua negara turut bersetuju untuk mengekalkan komunikasi yang tetap antara semua kawasan tentera dan unit-unit ketenteraan di sepanjang sempadan kedua-dua pihak, serta berusaha menyelesaikan semua isu secara damai dan mengelakkan sebarang pertembungan, menurut minit itu.

Minit itu turut menyatakan mengenai penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC) yang dijadual diadakan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat hari ini, dengan tuan rumah akan ditentukan berdasarkan sistem giliran sedia ada.

la turut menekankan keperluan untuk mewujudkan saluran komunikasi tetap dan langsung antara Menteri dan Ketua-Ketua Angkatan Tentera kedua-dua negara.

Sementara itu, bagi meredakan ketegangan, mengurangkan sentimen negatif dalam kalangan masyarakat dan mewujudkan suasana yang kondusif untuk dialog secara aman, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau berita palsu.

Kedua-dua pinak juga bersetuju untuk menjadualkan Mesyuarat GBC seterusnya dalam tempoh sebulan selepas mesyuarat hari ini, dengan lokasi akan diputuskan kemudian.

"Sekiranya tidak, Mesyuarat Luar Biasa GBC harus segera diadakan dengan format yang sama seperti Mesyuarat Luar Biasa GBC ini, bagi membincangkan isu gencatan senjata," menurut Minit Persetujuan tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Sementara Lebih Banyak Bawa Musibah - Anwar

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Di Gaza Suntik Harapan, Palestin Perlukan Keadilan - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Syarat Hamas Dalam Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza, Realistik

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad