web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 8:27PM

Anwar menyifatkan cadangan AS adalah pendekatan paling tegas yang diambil oleh negara itu. – Gambar Facebook.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Malaysia menyokong kuat cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan pertempuran di Gaza melalui gencatan senjata sepenuhnya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata cadangan Presiden AS Joe Biden bersama Qatar serta Mesir untuk meletakkan beberapa prinsip mencapai kedamaian segera yang lebih mantap di Palestin dan Israel khususnya bagi menghentikan serangan ganas ke atas Gaza.

"Kita juga bincang dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan memberikan sokongan kepada Mesir, Qatar dan AS. Saya percaya ia lebih lunak berdasarkan apa yang pernah saya bincangkan dengan pimpinan Hamas," katanya kepada media ketika diminta memberi reaksi terhadap cadangan AS itu.

Anwar ditemui selepas majlis pelancaran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani di sini hari ini.

Beliau menyifatkan cadangan AS adalah pendekatan paling tegas yang diambil oleh negara itu dan menyeru semua pihak menyokong cadangan itu sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata tindakan tegas AS terhadap Israel perlu kerana bencana dan kesengsaraan rakyat di Palestin adalah disebabkan kedegilan dan keangkuhan Israel.

Pada 31 Mei lepas, Biden mengumumkan cadangan tiga fasa untuk gencatan senjata sepenuhnya di Gaza, pembebasan tawanan dari kedua-dua pihak, usaha ke arah menamatkan permusuhan secara kekal dan rancangan pembinaan semula Gaza. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

oleh Amirah Abu Bakar