web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Bentang RMK13 Dengan Tema Melakar Semula Pembangunan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2025 1:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) (RMK13) berteraskan kepada tiga asas utama iaitu pembentukan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah, sistem sosial berteraskan insan MADANI, serta peralihan kepada negara berasaskan kecerdasan buatan.

Pelan pembangunan lima tahun itu menyasarkan pembentukan masyarakat yang inklusif dan progresif, selain menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi digital serantau melalui penghasilan inovasi serta produk dan perkhidmatan bertaraf global 'Made by Malaysia'.

Empat tonggak utama digariskan di bawah RMK13 yang bertemakan "Melakar Semula Pembangunan" ialah meningkatkan kerencaman ekonomi, meningkatkan mobiliti sosial, mempercepat pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Di samping itu, sembilan tumpuan iaitu menuju negara berteraskan kecerdasan buatan, melonjakkan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dan sektor strategik, menyeimbangkan kemajuan ekonomi antara wilayah dan mengukuhkan pembangunan desa, memperhebat penglibatan dan peranan Malaysia di persada ekonomi dunia.

Tumpuan lain adalah memastikan perkhidmatan telus, tangkas dan tuntas, menangani beban kos sara hidup, merekayasa sistem sosial berteraskan insan MADANI, meningkatkan mutu kehidupan rakyat dan mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan peluang.

Antara sasaran utama RMK13 menjelang 2030 ialah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar purata 4.5 hingga 5.5 peratus setahun, pengurangan defisit fiskal kepada bawah tiga peratus KDNK, serta pertumbuhan pelaburan swasta mencecah RM417.9 bilion setahun secara nominal.

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov 2022 membentangkan perancangan lima tahun itu di Dewan Rakyat, dengan kerajaan memperuntukkan RM611 bilion berbanding RM400 bilion yang diperuntukkan pada RMK12. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad