web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buat Laporan Palsu: Ija Dan Adik Dipenjara Sebulan, Didenda

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2025 6:46PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pempengaruh permotoran Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin dan adiknya Tengku Abdul Aziz, masing-masing dihukum penjara sebulan dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana membuat laporan palsu.

Majistret Suzana Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Tengku Nizaruddin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija dan Tengku Abdul Aziz, 30, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua beradik itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Tengku Nizaruddin didakwa bersubahat dengan adiknya, dengan mengarahnya untuk memberi maklumat palsu kepada seorang anggota polis bahawa dia telah hilang dan tidak dapat dihubungi sejak 4 petang, 14 Julai lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tengku Abdul Aziz pula didakwa memberi maklumat palsu kepada anggota polis berhubung kehilangan abangnya itu pada 11.38 malam 14 Julai, di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Lenga di sini dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen dan Yasmin Mohd Piah memohon hukuman penjara dan denda terhadap kedua-dua lelaki itu, memandangkan kesalahan tersebut serius, membazirkan sumber tenaga dan aset Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Muar, selain memperlekehkan usaha pihak berkuasa.

"Kesalahan itu merupakan kesalahan common dan kerap dilakukan, jadi bila kes ini viral diharapkan ia dapat memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama," katanya.

Peguam Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili dua beradik itu, merayu hukuman denda atas alasan anak guamnya itu telah menyesal selain telah memohon maaf kepada pihak bomba dan polis, serta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Kedua-dua mereka merupakan penanggung utama keluarga, mempunyai anak dan ini merupakan kesalahan pertama mereka, jadi kami memohon mereka dikenakan hukuman denda," katanya.

Berdasarkan fakta kes, pada 14 Julai Tengku Abdul Aziz membuat laporan berhubung kehilangan abangnya dan keesokan hari, orang awam menemukan sebuah kereta dipandu abangnya dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, Muar pada 3 petang.

Operasi mencari dan menyelamat bermula pada hari sama membabitkan JBPM dan Jabatan Sukarelawan (RELA) dengan kejadian sebenar terbongkar pada jam 12.30 tengah malam, 19 Julai yang kedua-dua lelaki membuat laporan palsu.

Siasatan mendapati dua beradik itu dari Johor Bahru bergerak berasingan dan Tengku Nizaruddin meminta adiknya meneruskan perjalanan manakala dia ke arah Pagoh.

Sebaik tiba di lokasi, Tengku Nizaruddin didapati menenggelamkan kereta terbabit di sungai itu dan meminta adiknya datang menjemput, sebelum memasuki Thailand melalui Padang Besar di Perlis.

Terdapat rekod pergerakan masuk Tengku Nizaruddin dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selain tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai, bertarikh 17 Julai yang ditempah sehari sebelum itu.

Selain itu, Tengku Nizaruddin turut menempah perkhidmatan e-panggilan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kelibatnya di Terminal Bas Seremban, pada 9.25 malam, 14 Julai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad