web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Di Jalan Pasar Karat, Lelaki Dikhuatiri Lemas Tercampak Ke Laut

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2025 2:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang individu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam saluran air laut susulan kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Bazar Karat, berhampiran Pos Malaysia di sini, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.49 malam, sebelum jentera pertama tiba di lokasi enam minit kemudian.

"Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal Yamaha dan sebuah lagi motosikal yang belum dikenal pasti nombor pendaftarannya, dipercayai tercampak ke dalam sungai.

"Seorang mangsa disyaki terjatuh ke dalam saluran air laut, manakala tiga lagi mangsa telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan penyelamat," menurut kenyataan itu hari ini.

Operasi pencarian dilaksanakan di sekitar lokasi sejauh kira-kira 30 meter, termasuk selaman sedalam 12 kaki ke dasar sebanyak tiga kali, namun mangsa masih belum ditemukan.

Motosikal jenis Yamaha berjaya dibawa naik ke darat sebelum operasi ditamatkan pada 1.14 pagi hasil kerjasama dengan pihak polis. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi itu membabitkan seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta BBP Skudai (unit Pasukan Penyelamat Di Air - PPDA), dengan kekuatan logistik merangkumi satu jentera FRT, satu EMRS, tiga RIM dan sebuah Hilux PPDA. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad