web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Sanggup Lihat Video Detik Kemalangan - Bapa Mangsa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2025 6:10PM

Abu Setaman Jusoh tetap tenang semasa jenazah anaknya dikebumikan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Bapa kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nurul Fatihah Abu Setaman yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), belum mampu untuk melihat video berkaitan nahas itu.

Abu Setaman Jusoh, 54, yang kelihatan tabah sepanjang urusan pengebumian anak keempat daripada enam beradik itu, tidak mahu perkara itu mengganggu emosinya kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan.

"Saya sendiri belum lagi menonton rakaman video kemalangan, termasuk detik sebelum bas berkenaan terbalik seperti yang tular di media sosial kerana tidak sampai hati dan hiba," katanya kepada pemberita selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Gong Duek, di sini.

Bekas petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu berkata sebagai ketua keluarga beliau perlu kuat demi isteri dan anak-anak yang lain.

Ditanya sama ada pihak keluarga akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas terbabit, Abu Setaman berkata beliau akan melihat hasil siasatan pihak berkuasa terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Biar pihak berkuasa siasat kes kemalangan itu terlebih dahulu sama ada ia berpunca daripada kecuaian pemandu, masalah teknikal atau masalah lain," katanya.

Menceritakan peribadi Allahyarhamah Nurul Fatihah, 22, beliau berkata anak perempuannya itu bercita-cita mahu menjadi guru sejak di bangku sekolah rendah lagi.

"Saya nampak memang ada ciri-ciri seorang guru dalam diri dia," katanya.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik dalam nahas dengan kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad