web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Pelajar UPSI: 2 Jenazah Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2025 7:49AM

Jenazah Muhammad Adib Hazim dimasukkan ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Jenazah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad dan Muhammad Adib Hazim Halim yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Tasik Banding, Gerik, Perak pada awal pagi Isnin selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Hujan renyai mengiringi pengebumian Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer, Kampung Raja, Besut, 11.37 malam tadi.

Terdahulu, van membawa jenazah dari Hospital Gerik tiba di Kampung Amer, Kampung Raja pada 10.50 malam sebelum solat jenazah dilaksanakan di Masjid Al-Mukhlisin dengan dihadiri lebih 500 individu terdiri daripada keluarga terdekat, rakan-rakan dan penduduk kampung.

Sementara itu, jenazah Muhammad Adib Hazim, 21, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut dekat sini, pada 12.15 tengah malam.

Sebaik tiba di Besut dari Hospital Gerik, jenazah disolatkan di Masjid Hadhari di sini sebelum disolatkan sekali lagi di Surau Kampung Pasir Badak pada 11.20 malam.

Pengebumian pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) berusia 21 tahun itu dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan.

Muhammad Adib Hazim yang merupakan anak ke enam daripada tujuh beradik meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital awal pagi semalam.

Sementara itu, 13 lagi jenazah pelajar yang maut kini dibawa dengan van dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak ke masjid sama untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Konvoi van jenazah meninggalkan Jabatan Forensik HRPB menuju ke ke Jertih pada 8.55 malam.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang mereka sewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding, Perak.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar