web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenderaan Terjunam Dalam Gaung, Bapa Dan Anak Perempuan Maut

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2025 3:52PM

Gambar JBPM Bandar Baru Segamat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Seorang bapa dan anak perempuannya berusia sembilan tahun maut apabila kenderaan yang dinaiki enam sekeluarga itu, terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Kwongsai, Jalan Segamat-Labis, di sini petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Zainal Abidin Che Deraman berkata, mangsa yang meninggal ialah Mohd Fitri Md Said, 39, dan Nurin Insyirah Mohd Fitri, 9.

Beliau berkata isteri mangsa Nurain Farhana Johari, 32, serta tiga anak mereka Nur Atiya Mohd Fitri, 2, Muhammad Zikri Mohd Fitri, 11, dan Nur Hisna Mohd Fitri, 4, pula mengalami kecederaan.

Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 6.47 petang.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira sembilan kilometer dari balai.

"Tiba di lokasi didapati terdapat sebuah kenderaan terjunam ke dalam gaung dan terdapat dua mangsa tersepit di bawah kenderaan jenis Toyota Hilux.

"Anggota bertugas bertindak menggunakan peralatan khas Hydraulic Ramp dan lain-lain untuk menstabilkan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan, manakala empat mangsa yang lain yang mengalami kecederaan telah keluar sendiri dan dibawa ke hospital," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zainal Abidin berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar