web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin ASEAN-GCC-China Kutuk Serangan Terhadap Orang Awam Di Gaza

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2025 12:45PM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin-pemimpin ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China mengutuk serangan terhadap orang awam di Gaza, dan menyeru semua pihak terlibat menghentikan serangan yang menyasarkan mereka.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China sulung yang diadakan di sini pada Selasa, para pemimpin itu juga sepakat menyeru supaya diadakan gencatan senjata yang berkekalan.

Mereka turut menggesa akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan, keperluan asas dan pemulihan perkhidmatan penting di Gaza, di samping membenarkan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di kawasan itu.

"Para pemimpin itu telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan tersebut dan bersetuju untuk menyokong usaha berterusan bagi membebaskan semua tebusan, dan mereka yang ditahan sewenang-wenangnya," menurut kenyataan itu.

Mereka menggesa semua pihak yang terlibat untuk berusaha ke arah penyelesaian aman konflik dengan tujuan merealisasikan penyelesaian dua negara berdasarkan penetapan sempadan sebelum 1967.

Para pemimpin itu bersetuju untuk menyokong usaha pakatan global bagi pelaksanaan penyelesaian dua negara, dengan mengambil kira inisiatif Arab Saudi untuk bekerjasama dengan Norway dan Kesatuan Eropah ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Mereka juga mengiktiraf usaha pengantaraan Qatar untuk gencatan senjata serta memudahkan penyampaian bantuan, dan juga usaha China ke arah perdamaian dalaman Palestin.

Ia termasuk peranannya dalam memudahkan pemeteraian Deklarasi Beijing mengenai Pengakhiran Perpecahan dan Memperkukuh Perpaduan Nasional Palestin oleh puak-puak Palestin pada Julai 2024, di Beijing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Tekankan Hubungan Malaysia-Laos Yang Erat, Keyakinan Pelaburan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran