web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Tekankan Hubungan Malaysia-Laos Yang Erat, Keyakinan Pelaburan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2025 5:07PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar lbrahim menyatakan penghargaan Malaysia terhadap komitmen dan kerjasama Laos, dalam memperkukuh hubungan bilateral dan serantau, khususnya dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.

Bercakap pada sidang media bersama rakan sejawatnya dari Laos Sonexay Siphandone yang sedang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, Anwar memuji pihak berkuasa Laos atas kerjasama berterusan mereka, sambil menyatakan bahawa negara itu telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran peralihan dan penyelarasan berterusan bagi aktiviti-aktiviti ASEAN.

"Sejak mereka (Laos) menjadi tuan rumah bagi Permukiman ASEAN dan mesyuarat ketua-ketua kerajaan tahun lepas, Laos telah banyak membantu dan bekerjasama dengan pasukan kami di Malaysia apabila tiba giliran kita untuk menganjurkan (mesyuarat berkaitan ASEAN) sejak awal tahun ini," kata beliau.

Anwar turut menekankan keyakinan ekonomi yang semakin meningkat terhadap Laos, dengan merujuk kepada kehadiran empat bank utama Malaysia iaitu Maybank, RHB, CIMB dan Public Bank yang beroperasi di negara itu.

"Jadi, dengan kehadiran empat bank Malaysia di sana, ia menunjukkan keyakinan terhadap sistem politik negara itu (Laos), kestabilannya serta dasar pelaburan yang menarik dan juga cara bank pusat menguruskan hal ehwal institusi kewangan," kata beliau.

Anwar berkata perkara itu akan menyediakan asas kukuh untuk pelaburan lebih besar oleh syarikat-syarikat Malaysia di Laos, Vietnam, Kemboja dan Thailand, di bawah rangka kerja ASEAN yang lebih luas.

Lawatan rasmi Perdana Menteri Laos itu berlansung menjelang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, sekali gus menekankan hubungan erat dan berterusan antara Malaysia dan Laos.

Anwar berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan fasa kedua inisiatif Rangkaian Tenaga ASEAN, yang akan merangkumi Laos, Kemboja dan Thailand, bersama Malaysia dan Singapura.

Perdana Menteri berkata walaupun fasa pertama menghubungkan Vietnam ke utara Semenanjung Malaysia melalui kabel dasar laut, perbincangannya dengan Siphandone menekankan keperluan untuk mempercepatkan fasa kedua, demi manfaat lebih banyak negara di rantau ini.

"Tetapi bagi fasa pertama, ia adalah kabel dasar laut dari Vietnam ke utara Semenanjung Malaysia. Namun, saya bersetuju dengan Perdana Menteri Siphandone, bahawa kita perlu mempercepatkan pelaksanaan fasa kedua agar ia dapat memberi manfaat kepada Laos, Kemboja dan Thailand ke Semenanjung Malaysia dan Singapura," kata beliau.

Anwar berkata mereka juga membincangkan mengenai Pelabuhan Thanaleng di Laos, dengan perancangan untuk meningkatkan keterhubungan menerusi satu Memorandum Kerjasama baharu bersama Pelabuhan Pulau Pinang, bagi melancarkan aliran dagangan antara Pulau Pinang, Perlis dan pelabuhan di Laos.

Perdana Menteri berkata kedua-dua pihak telah membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam pembangunan kapasiti, khususnya dalam latihan pengurusan pelabuhan dengan pelabuhan Malaysia seperti Pelabuhan Pulau Pinang, Klang dan PTP, bersedia berkongsi kepakaran dengan Laos.

"Kami turut membincangkan isu-isu seperti tenaga kerja, transformasi digital, kecerdasan buatan (Al), semikonduktor serta tenaga alternatif termasuk unsur nadir bumi," katanya, sambil berkata usaha itu merupakan kesinambungan kepada kerjasama sedia ada seperti Memorandum Kolaborasi KTMB-LNRSE berkaitan projek kereta api ASEAN Express," kata beliau.

Anwar berkata menerusi kereta api berkelajuan tinggi itu, akan dapat mengurangkan masa perjalanan secara ketara antara negara-negara ASEAN dan China, sekali gus mempertingkatkan keterhubungan serantau serta integrasi ekonomi.

Mesyuarat turut menyentuh isu-isu ASEAN yang lebih luas, termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan datang serta keterlibatan Perdana Menteri China Li Qiang.

"Kedua-dua negara, Laos dan Malaysia melihat kerjasama ASEAN-GCC sebagai satu bentuk perkongsian yang amat bermanfaat bagi kedua-dua rantau yang pesat membangun dari segi ekonomi," kata Anwar.

Perdana Menteri turut menyuarakan harapan agar pemimpin ASEAN dapat mencapai kata sepakat mengenai kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN menjelang bulan Oktober, berkemungkinan dalam sesi permukiman Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Mengenai isu Myanmar, Anwar sekali lagi menekankan kepentingan mengekalkan bantuan kemanusiaan dan menyeru semua pihak untuk menghormati keperluan kepada keamanan, gencatan senjata segera, serta penglibatan secara konstruktif melalui Konsensus Lima Perkara ASEAN.

Beliau turut mengalu-alukan kesediaan Perdana Menteri Siphandone untuk datang semula ke Malaysia untuk lawatan kerja dalam masa terdekat, bagi memperkukuh lagi penglibatan antara sektor kerajaan dan swasta kedua-dua negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad