web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


9 Anggota Maut, Trak FRU Bertembung Lori Bawa Batu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2025 12:08PM

Operasi menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian - Gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) disahkan maut dalam satu nahas pagi tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan itu dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 pagi.

Menurut beliau, trak FRU dinaiki 15 anggota tersebut bertembung dengan sebuah lori yang sarat dengan muatan batu.

Getaran difahamkan, dua lagi mangsa disahkan berada dalam keadaan kritikal dan operasi menyelamat masih  berjalan di lokasi. 

Kesemua mangsa difahamkan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut. 

Menurut sumber, semua anggota FRU itu sedang dalam perjalanan ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas untuk Op Chariot di Teluk Intan. 

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain tidak ketinggalan menzahirkan ucapan takziah kepada semua waris dan ahli keluarga mangsa. 

Beliau memberi jaminan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kebajikan keluarga mangsa diberi perhatian sepenuhnya.

"Jasa dan pengorbanan mereka amat dihargai, kemalangan berlaku selepas mereka selesai melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. 

“PDRM akan memastikan kebajikan keluarga anggota yang terkorban diberi perhatian sebaiknya," katanya dalam kenyataan.

Getaran diberitahu, mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. - Getaran, 13 Mei 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad