web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Individu Mengaku Salah Ugut Bunuh, Peras, Kurung Lelaki

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2025 7:14PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tujuh lelaki dan seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh, pemerasan serta mengurung secara paksa terhadap seorang lelaki di sebuah rumah di Plentong di sini, minggu lepas.

Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 25; Ahmad Rushdi Jumadi, 23; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 19; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 23; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 20; Syamsul Hamiziey Saiful Razali, 19, dan Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menakutkan secara jenayah dengan ugutan hendak menyebabkan kematian terhadap Muhammad Faris Syahmi Mohd Ridzwan, 22.

Untuk pertuduhan kedua, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja telah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Muhammad Faris Syahmi dengan tidak berhenti memukul dan melepaskannya, hingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM650 melalui akaun e-dompet dan kunci motosikal Yamaha Y16 kepada Mohamad Amierul Hakim.

Bagi pertuduhan ketiga, kesemua tertuduh serta dua lagi yang masih bebas didakwa secara bersama-sama mengurung mangsa.

Dalam prosiding yang sama juga, ketujuh-tujuh individu lelaki itu turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan keempat iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa sama.

Kesemua kesalahan berkenaan dilakukan di sebuah pangsapuri di Plentong, Masai, di sini, antara 10 malam hingga 4 pagi, pada 18 hingga 19 April lepas.

Pertuduhan pertama hingga ketiga mengikut Seksyen 506, 384 dan 342 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan keempat mengikut Seksyen 323 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian memerintahkan tujuh tertuduh lelaki masing-masing diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan, manakala Nuredrianna Balqqisyh Anabella RM14,000 dengan seorang penjamin.

Mankamah turut menetapkan 3 Jun depan bagi fakta kes dan jatuh hukum.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Abdul Ghafar Ab Latif dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman serta Nur Fatihah Mohd Nizam manakala kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norfarahin Mohd Yazid dan T. Nadarajan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

4

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran