web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dadah Hampir RM15 Juta Ditemukan Dalam Kenderaan Di LPT 1

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2025 7:35PM

Antara dadah yang dirampas - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis menemukan dadah seberat 468.3 kilogram (kg) dianggar bernilai RM15 juta dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM211 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, arah Kuantan Selasa lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kenderaan itu telah dijumpai pasukan peronda lebuh raya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman semasa melaksanakan Op Utama Zon Timur antara 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Beliau berkata ketika menjalankan operasi berkenaan, pasukan peronda telah menerima maklumat mengatakan sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton telah dipandu secara melawan arus.

"Bertindak atas maklumat, pasukan peronda telah membuat pemantauan di LPT dan menemukan kenderaan terbabit di bahu jalan dalam keadaan pintu berkunci tanpa pemandu dan penumpang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Yahaya berkata pemeriksaan lanjut di bahagian belakang dan dalam kenderaan itu menemukan 22 plastik berwarna hitam mengandungi 440 bungkusan bertulisan 'chinese pin wei' berisi ketulan kristal jernih dipercayai dadah jenis syabu.

"Usaha mengesan pemilik kenderaan masih dijalankan dan mana-mana pemandu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka ketika kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad