web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Mahu Pastikan ASEAN Aman, Stabil Dan Makmur - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2025 3:00PM

Perdana Menteri menyambut kehadiran John Miguel Warwick Chipman di Putrajaya semalam - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia selaku selaku Pengerusi ASEAN 2025 berikrar untuk menjadikan rantau ini aman, stabil dan makmur. 

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting bagi memastikan semua negara serantau dapat bergerak seiring ke hadapan.

Menurut beliau, kepentingan hubungan akrab dengan pelbagai negara perlu ditekankan kerana ia adalah  kunci utama untuk mewujudkan keutuhan hubungan diplomatik, sekali gus membolehkan ia berhadapan pelbagai cabaran global yang dinamik. 

Aspirasi berkenaan dikongsikan sewaktu beliau menerima kunjungan Pengerusi Eksekutif International Institute of Strategic Studies Asia (IISS-Asia), Sir John Miguel Warwick Chipman di Putrajaya, semalam. 

“Hal ehwal geo-strategik serantau terkait keselamatan secara menyeluruh merangkumi aspek pertahanan, ekonomi, sosial, tenaga, kecerdasan buatan, pusat data serta keselamatan siber antara yang dibincangkan sewaktu kunjungan hormat Sir John Miguel Warwick Chipman, di pejabat saya semalam.

“Dalam pertemuan itu, Sir John Chipman menyatakan kekaguman akan peranan Malaysia dalam menyuarakan kepentingan sejagat serta ketegasan dalam hal-hal terkait situasi di Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Gambar PMO
Gambar PMO

Jelas Anwar, IISS-Asia melihat peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 amat penting, malah hala tuju yang digerakkan pada tahun ini memberikan impak bukan sahaja kepada rantau Asia Pasifik, tetapi turut mendapat perhatian dunia.

“Malaysia turut diundang untuk berperanan dalam IISS Manama Dialogue 2025 pada Oktober kelak.

“Sir John Chipman turut memanjangkan undangan IISS-Asia kepada saya untuk memberikan ucapan khas sewaktu Shangri-La Dialogue 2025 yang akan mengambil tempat pada 31 Mei 2025 kelak di Singapura,” katanya. 

Perdana Menteri memberitahu, semua undangan berkenaan merupakan spenghargaan kepada negara.

“Ia  menterjemah pengiktirafan dunia terhadap peranan penting Malaysia, sekali gus suatu penghargaan ini merupakan suatu bentuk kejayaan Malaysia yang dihormati dunia,” katanya. - Getaran, 5 April 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad