web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelancong China Maut Ketika Menyelam Di Semporna

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2025 12:50PM

Mangsa ditemui terapung dalam keadaan telangkup - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Seorang pelancong lelaki warga China berusia 34 tahun, maut akibat lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Mabul, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol, berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.36 petang.

"Pengadu, seorang jurulatih selam bersama seorang lagi jurulatih, membawa lima penyelam termasuk mangsa ke perairan Pulau Mabul pada kira-kira 10.50 pagi untuk menyelam pada kedalaman 12 meter. Aktiviti itu selesai sekitar 12.30 tengah hari, dan semua penyelam, termasuk mangsa, telah naik ke permukaan serta menyerahkan peralatan menyelam," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, selepas menyerahkan peralatan, mangsa masih kelihatan berenang di sekitar bot.

"Apabila semua penyelam naik ke bot, pengadu mendapati mangsa tiada. Setelah pemeriksaan dilakukan di sekitar kawasan itu, mangsa ditemukan terapung di permukaan air dalam keadaan telangkup," katanya.

Penyelam lain segera mengangkat mangsa ke atas bot dan cuba memberikan bantuan pernafasan sebelum membawanya ke Hospital Semporna.

"Setibanya di hospital, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Siasatan telah dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," tambahnya.

Mohd Sabri berkata, bedah siasat akan dilakukan dalam tempoh 48 jam sekiranya tiada waris tampil menuntut jenazah bagi mengelakkan mayat mereput.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superitendan  Mohammad Ali Amat di talian 013-2120852 atau balai polis berdekatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad