web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Tembak KLIA: Hafizul Dipenjara 14 Tahun 6 Bulan, 6 Sebatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2025 5:00PM

Suspek (tengah) mengaku salah atas semua kesalahan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang pengurus syarikat agensi pelancongan Hafizul Hawari hari ini dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 14 tahun enam bulan dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada April tahun lepas.

Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman itu selepas Hafizul, 38, mengaku bersalah atas semua pertuduhan dihadapinya.

Zulkifli berkata mahkamah telah mengambil kira fakta kes dan memandang serius kesalahan yang dilakukan tertuduh.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan bagi pertuduhan pertama iaitu memiliki senjata api jenis pistol Glock 19 Austria, serta masing-masing penjara tiga tahun bagi pertuduhan kedua dan ketiga kerana memiliki 33 butir peluru PMC 380 AUTO tanpa lesen dan memiliki satu bungkusan plastik mengandungi mercun bola tanpa permit.

Hafizul dihukum penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan keempat hingga keenam kerana memiliki tiga kad pengenalan milik tiga individu dan penjara 12 bulan bagi pertuduhan ketujuh iaitu memandu kereta jenis Honda Civic menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Bagaimanapun lelaki itu hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun, selepas mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh dia ditangkap pada 15 April tahun lepas.

Hafizul didakwa melakukan semua kesalahan itu dalam kereta itu di pekarangan sebuah hospital swasta di sini, pada 2 petang, 15 April 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Lelaki itu juga didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya dan juga di bawah Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Hafizul turut didakwa mengikut Seksyen 108(3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau kedua duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran ke atas tertuduh dan masyarakat, kerana jenayah senjata api tidak boleh dipandang ringan.

Hafizul yang diwakili peguam Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman merayu hukuman ringan dan memohon hukuman berjalan daripada tarikh tangkap, selain turut memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya.

Lelaki itu turut berdepan dengan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sepang iaitu cubaan membunuh isterinya Farah Md Isa, 38, dan menyebabkan kecederaan parah terhadap pengawal peribadi isterinya Mohd Nur Hadith Zaini, 38, dengan menggunakan pistol yang boleh menyebabkan kematian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.09 pagi, 14 April tahun lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad