web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Ke Bahrain Bantu Nilai Hubungan 2 Hala 2 Negara - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2025 9:23PM

Anwar Ibrahim disambut Putera Salman Hamad Al Khalifa sejurus tiba di Istana Gudaibiya - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Putera Mahkota Bahrain,  Putera Salman Hamad Al Khalifa hari ini membolehkan kedua pihak menilai tahap kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain.

Anwar berkata, pertemuan yang berlangsung di Istana Gudaibiya, Manama itu juga membuka peluang untuk kedua negara meneroka bentuk kerjasama baharu. 

Menurut beliau, kerjasama berkenaan meliputi beberapa bidang tumpuan, antaranya pelaburan dan perdagangan.

Turut menjadi topik perbincangan ialah kewangan dan perbankan Islam, semikonduktor serta kesalinghubungan meliputi sektor pelancongan.

“Kami juga menyentuh isu serantau terutamanya melibatkan situasi di Asia Barat, khususnya Palestin yang memerlukan kerjasama serta tekad yang menyeluruh. 

“Kita juga perlu memastikan saudara Islam di sana dalam keadaan baik selain mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Gambar PMO
Gambar PMO

Perdana Menteri tiba di Bahrain hari ini untuk lawatan rasmi atas jemputan Putera Salman, yang juga Putera Mahkota negara itu. 

Menerusi hantaran sama Anwar memberitahu, beliau turut mengundang Putera Salman ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China.

“Semoga hubungan Malaysia dan Bahrain terus diperkukuh sekali gus dapat menarik lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara,” katanya.

Perdana Menteri esok dijadualkan menghadap Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Sakhir, yang menjadi lokasi acara diraja di bahagian selatan negara itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan Bahrain, Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa, serta melawat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain bagi meneroka kerjasama ekonomi. - Getaran, 19 Februari 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad