web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vape Haram Berdasarkan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis - Mufti

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2024 4:34PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.

Mufti Perlis Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, amalan pengambilan vape disimpulkan oleh pakar kesihatan memberikan kesan kemudaratan pada diri dan orang lain maka berdasarkan kesimpulan itu jawatankuasa fatwa berkenaan merumuskan amalan pengambilan bahan terselbut adalah haram.

"Saya baca fatwa (berkaitan) vape ini, Islam melarang Muslim menggunakan apa-apa bahan yang terbukti merosakkan diri atau orang lain tanpa justifikasi yang dibenarkan syarak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2024 di Dewan Warisan di sini hari ini.

Majlis penutup dan penganugerahan tauliah itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Mohd Asri berkata, bagaimanapun keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis tentang larangan menggunakan vape itu tidak digazetkan untuk penguatkuasaan undang-undang di negeri itu sebaliknya ia lebih kepada pemakluman kepada orang awam bagi memberikan kesedaran kepada mereka.

Mufti Perlis mengulas laporan media semalam yang melaporkan Sultan Pahang Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menyarankan supaya penggunaan vape diharamkan secara total.

Sementara itu, Mohd Asri berkata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan Perlis Muhammad Azmir Azizan turut menerima tauliah mengajar agama Islam hari ini selepas berjaya melalui proses temu duga seperti biasa.

Beliau berkata seramai 11guru agama telah ditauliahkan mengajar agama Islam secara umum manakala 82 guru agama lagi menerima tauliah mengajar al-Quran tahun ini dan jumlah itu merupakan tambahan kepada 842 orang di Perlis yang mempunyai tauliah berkenaan.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan melancarkan buku baharu terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis iaitu 'Mukadimah Kaedah Fiqhiyyah'. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

2

Politik 1 bulan yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

4

Politik 6 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran