web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Buli UPNM: Keputusan Siasatan Dimuktamadkan Jumaat Ini - Mohamed Khaled

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2024 7:39PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Hasil siasatan berhubung kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dimuktamadkan pada Jumaat ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata perkara itu yang dikendalikan lembaga siasatan terdiri daripada pihak polis dan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) akan turut membentangkan cadangan garis panduan melibatkan disiplin.

"Saya ada baca (mengenai perkembangan kes itu) daripada laporan media dan kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Lembaga siasatan akan muktamadkan Jumaat ini dan membentangkan cadangan mengikut garis panduan melibatkan disiplin," katanya pada sidang media selepas Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-12 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata pengajian membabitkan pelajar yang terlibat dalam kejadian itu masih berjalan seperti biasa.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan setakat Ahad lepas, pihaknya telah merakam keterangan 16 individu.

ATM dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet ALK-UPNM yang dibuli senior menggunakan seterika yang ditekap pada bahagian dada hingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular dalam media sosial.

Difahamkan perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih yang bertugas ketika itu selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata pihaknya sudah menyerahkan notis pembatalan perolehan helikopter Black Hawk kepada syarikat yang memenangi kontrak sewaan empat helikopter berkenaan.

Beliau berkata ia susulan syarikat terbabit gagal memenuhi tarikh akhir penyerahan helikopter selepas dilanjutkan hingga 30 Oktober lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Setiausaha Politik Mohamad Sabu Bebas Tuduhan Rasuah RM6.48 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teruskan PLKN, Pelatih Jalani Latihan Di Kem Tentera

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Tengku Ahmad Rithauddeen Meninggal Dunia Di Usia 94 Tahun Akibat Sakit Tua

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad