web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2024 12:34PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 243 orang daripada 59 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 207 orang daripada 49 keluarga malam tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kubang Pasu.

Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang dibuka awal pagi tadi, menempatkan 36 mangsa daripada 10 keluarga.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah Pendang mash kekal seramai 207 orang daripada 49 keluarga yang ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan SMK Pendang.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu serta Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap melebihi paras bahaya.

Manakala Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling; Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu; Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap; serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar melebihi tahap waspada. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad