web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2024 12:05PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pempengaruh media sosial Mond Hazalif Mohd Hazani, yang lebih dikenali sebagai Alif Teega, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan penyalahgunaan wang berjumlah lebih RM60,000 yang diperoleh daripada kutipan dua program infaq pada April dan Jun lalu.

Mohd Hazalif, 30, mengaku tidak bersalah setelah kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan infaq iftar di Makkah, Syria dan Palestin, di sebuah bank di Jalan Kerinci, Gerbang Kerinci Lestari di sini pada 26 April lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM27,558.13 bagi tujuan program Jom! Sertai Infaq Daging Qurban di bank yang sama, pada 15 Jun tahun ini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh mencadangkan jaminan antara RM50,000 hingga RM100,000 dikenakan bagi kedua-dua pertuduhan, dengan syarat tambahan pasport perlu serah kepada mahkamah dan tertuduh diwajibkan melapor diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, setiap bulan.

Peguam Mohd Sharullah Khan yang mewakili tertuduh, memohon agar jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menanggung keluarga dan semua harta milik tertuduh dibeku oleh pihak SPRM.

Mahkamah membenarkan Mohd Hazalif diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 21 Oktober ini untuk sebutan kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad