web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2024 8:03AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor semasa majlis makan malam kerajaan negeri di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu, malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Ketibaan Perdana Menteri pada 7.27 malam diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Timbalan Ketua Menteri III, Sabah Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew; Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun serta ahli jemaah menteri kerajaan Sabah yang lain.

Dalam majlis berlangsung selama satu jam itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis tempatan Sabah.

Terdahulu, Anwar tiba di Kota Kinabalu pada 7.10 malam, sebelum menghadiri majlis makan malam itu yang merupakan sebahagian daripada program dihadiri beliau dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Sabah.

Hari ini, Perdana Menteri dijadual melawat Felda Sahabat di Lahad Datu pada sebelah pagi bagi menghadiri Karnival Segalanya Felda, sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, yang turut dihadiri Hajiji serta anggota majlis lain.

Anwar dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 33 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 41 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar