web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Lelaki 8 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2024 8:08AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, di sini pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ashari Abu Samah berkata susulan itu, seorang wanita berusia 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, ditahan di taska tersebut pada 3.30 petang semalam bagi membantu siasatan. 

Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada seorang wanita di wad kecemasan Hospital Alor Gajah di sini, yang memaklumkan menerima seorang pesakit bayi lelaki berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

"Menurut siasatan awal bayi tersebut dihantar oleh ibu dan datuknya sekitar 7.05 pagi, sebelum ibu mangsa mendapat panggilan daripada taska memberitahu tubuh badan mangsa berkeadaan biru dan hidungnya berdarah serta mangsa dalam keadaan terkulai. 

"Mangsa terus dibawa ke Hospital Alor Gajah dan doktor mengesahkan kematiannya sebelum bedah siasat dilakukan sekitar 6 petang," katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Sementara itu, bapa bayi itu Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, berkata anaknya Muhammad Al Fateh Amri baru lima hari dihantar ke taska itu.

Beliau berkata sewaktu isterinya Sabrina Hakiem Zaini, 39, tiba di pusat asuhan tersebut selepas dihubungi pihak taska, isterinya mendapati anaknya itu sudah terkulai dalam keadaan mulut berdarah dan muka kebiru-biruan. 

Lebih menyayat hati pasangan tersebut sudah menunggu 13 tahun untuk mendapatkan cahaya mata dan tidak sangka ia berlaku selepas isterinya mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak. 

"Baru lima hari hantar dan ini yang terjadi," katanya sayu. 

Beliau yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi Kuala Lumpur berkata apa yang lebih mengejutkannya, apabila mengetahui pusat asuhan tersebut tidak mempunyai lesen meskipun sudah empat tahun beroperasi. 

"Memang terkejut kerana selama ini saya ingat pusat asuhan itu ada lesen tapi apabila disoal siasat polis, rupanya tak ada dan itu yang amat saya terkilan," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Alor Gajah malam tadi. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hubungi Ibu Bapa Sekiranya Murid Tak Hadir Taska - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Abai Kanak-Kanak Usia Setahun, Pekerja Taska Ditahan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Johor Lengkapkan Siasatan Kes Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad