web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2024 6:05PM

Tertuduh (depan, kanan) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini hari ini, atas sembilan pertuduhan melakukan sumbang mahram dan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuan sejak 2018.

Lelaki berusia 39 tahun terbabit membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syazana Abd Lajis.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap dua anak perempuannya berusia 13 dan 16 tahun di sebuah rumah di Durian Tunggal antara pertengahan November 2018 dan pertengahan Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan, selain Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan sebat, serta Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran dua minggu sekali.

Hakim mengarahkan lelaki itu dijamin RM12,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan.

Tarikh 9 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad