web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2024 8:07AM

Ahmad Faizal Tahrim - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang guru lelaki yang disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap beberapa murid lelaki di sekitar daerah Hulu Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supritendan Ahmad Faizal Tahrim berkata tangkapan dibuat ke atas guru pendidikan jasmani berusia lingkungan 30-an itu di Bukit Beruntung, Selangor selepas menerima empat laporan sejak 2.03 pagi hingga 10 pagi kelmarin berhubung kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati kejadian pertama membabitkan mangsa yang berusia 12 tahun berlaku sebulan yang lalu.

"Antara lokasi kejadian adalah di sebuah inap desa di kawasan Ulu Yam ketika mangsa mewakili daerah Hulu Selangor dalam pertandingan bola sepak," katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Faizal berkata pihaknya membuka empat kertas siasatan terhadap lelaki terbabit mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan direman enam hari sehingga 31 Julai. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar