web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kapal TLDM KD Pendekar Terkandas Di Tanjung Penyusop Akibat Kebocoran, Kebanjiran Besar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2024 7:06PM

Gambar TLDM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebocoran dipercayai berlaku apabila kapal yang mula ditauliahkan pada 1979 itu terlanggar objek bawah air.

"Kebocoran mula dikesan di bilik jentera kapal sebelum merebak dengan cepat dan keadaan menjadi tidak terkawal. Bagaimanapun, semua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya.

"Fokus utama TLDM sekarang adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal berkenaan," menurut kenyataan itu.

Susulan itu, TLDM akan menubunkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kejadian.

Difahamkan insiden itu berlaku pada kira-kira 12 tengah hari tadi dan ketika kejadian, 39 kru sedang bertugas.

TLDM turut merakamkan jutaan terima kasih kepada agensi yang terlibat atas tindakan pantas memberi bantuan dalam insiden berkenaan iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan komuniti maritim yang berada di kawasan berhampiran.

Orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu dan diminta merujuk kepada sumber rasmi TLDM untuk perkembangan terkini serta maklumat sebenar.

Menurut laman sesawang Pusat Strategi Maritim TLDM (PUSMAS), KD Pendekar yang merupakan kapal perang jenis pembinasa laju, telah dibina oleh Karlskrona Varvet Shipyard di Sweden dan dilancarkan pada 11 November 1978 sebelum ditauliahkan pada 27 Julai 1979.

Pada awalnya, ia diletakkan dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Kedua sebelum diserap ke Skuadron Kapal Pembinasa Laju Pertama di bawah Flotila Ronda.

KD Pendekar berukuran panjang 43.62 meter dan lebar 7.1 meter.

Gambar dan video insiden itu, yang tular di media sosial, memaparkan usaha memindahkan kru serta keadaan terkini KD Pendekar. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad