web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SAR Mangsa Tanah Jerlus Diperluas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2024 6:38PM

Operasi mencari dan menyelamat wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India kini masuk hari kedua. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini diperluas, membabitkan enam lurang pembetung (manhole) di sekitar ibu negara.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, seorang anggota unit skuba bomba turun dan masuk ke dalam manhole di Wisma Yakin kira-kira jam 10.30 pagi tadi tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.

"Kini pencarian diteruskan di lurang kedua di Jalan Melayu lebih kurang 100 meter dari manhole pertama," katanya, seperti dilaporkan The Star.

Beliau berkata, operasi SAR dijalankan secara berperingkat atas faktor keselamatan dengan mengambil kira keselamatan pasukan penyelamat serta orang awam yang berada di sekitar.

Sulizmie dalam pada itu menyarankan peniaga di Jalan Masjid India menutup premis perniagaan masing-masing untuk sementara waktu bagi mengelak risiko terhidu gas beracun yang mungkin keluar daripada lurang kumbahan semasa operasi SAR dijalankan.

Beliau juga berkata, operasi SAR setakat ini menggunakan kepakaran dan teknologi sedia ada daripada Indah Water Konsortium (IWK) serta pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

“Semalam kita guna K9 (anjing pengesan), tetapi setakat ini tiada hasil," katanya.

Sulizmie menambah, segala kepakaran teknologi yang ada akan dipertimbang untuk digunakan jika ada keperluan. 

Media semalam melaporkan seorang wanita warga India, Jayaletchumy, 48, terjerlus ke lubang sedalam lapan meter secara tiba-tiba pada jam 8.20 pagi.

Mangsa ketika itu sedang berjalan bersama keluarganya di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di sini.

Operasi SAR yang digerakkan selepas itu bagaimanapun hanya berhasil menemui sepasang selipar milik mangsa, selepas 17 jam ia dilakukan. - Getaran, 24 Ogos 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad