web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan 5 Lelaki Curi Kabel Bernilai RM100,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2024 8:22AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi kabel membabitkan kerugian RM100,000 di sebuah tapak pembinaan di Bayan Baru di sini dalam kejadian Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lima lelaki berumur 23 hingga 48 tahun itu ditahan secara berasingan di Batu Feringghi dan Bandar Perai Jaya dekat sini semalam dan Rabu hasil maklumat awam serta risikan.

"Pihak polis menerima laporan daripada pekerja tapak pembinaan yang mendapati empat dram kabel bernilai RM100,000 telah hilang dipercayai dicuri ketika dia datang ke situ pada 8.45 pagi, Isnin.

"Bertindak daripada laporan itu, polis melancarkan operasi sebelum berjaya menahan lima lelaki terbabit dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah mencuri kabel," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal – Gambar BERNAMA
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal – Gambar BERNAMA

Beliau berkata, antara yang dirampas ialah kereta Perodua Aruz, alat gunting dawai, beg pakaian, pemotong wayar dan pemotong serta vest pekerja berwarna hijau.

Kamarul Rizal berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini, polis tidak menolak kemungkinan lima suspek itu dipercayai menyamar sebagai pekerja di situ sebelum mencuri kabel-kabel berkenaan.

Beliau berkata, kesemua lima suspek yang tidak bekerja itu kini direman selama empat hari hingga 19 Ogos bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Terbabit 13 Kes Curi Kabel

2

Semasa 2 tahun yang lalu

16 Individu Ditahan Terlibat Kegiatan Curi Kabel

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Curi Kabel TM: Polis Tahan 19 Individu Termasuk Subkontraktor

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar