web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Individu Ditahan Terlibat Kegiatan Curi Kabel

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 12:22PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis menahan 16 individu termasuk dua wanita disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dan pelbagai komponen di sekitar daerah ini sejak tahun lalu dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban, Mohamad Hatta Che Din berkata, penahanan suspek berusia 25 hingga 50 tahun pada 21 Februari lalu itu susulan kes kecurian DC power kabel di Taman Kelab Tuanku di sini, membabitkan kerugian RM10,000.

"Semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai jenayah. Modus operandi kumpulan ini mencuri kabel milik Syarikat Telekomunikasi (Telco) di pencawang yang menjadi sasaran mereka.

"Selain itu, mereka turut mencuri kabel serta beberapa komponen seperti Radio Remote Unit (RRU), Lithium Bateri and Wire kabel dengan tujuan menjual semula kepada Telco lain bagi mengaut keuntungan yang lumayan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Hatta berkata, komponen-komponen yang tidak boleh dijual semula kepada pihak Telco akan dijual kepada kedai besi buruk.

Justeru, beliau meminta mana-mana Telco serta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kecurian kabel ini untuk tampil memberi keterangan atau menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes, Insp Saidi Busman di talian 011- 31558034.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 431(a) dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 5 Lelaki Curi Kabel Bernilai RM100,000

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Terbabit 13 Kes Curi Kabel

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Curi Kabel TM: Polis Tahan 19 Individu Termasuk Subkontraktor

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad