web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Reda Pemergiannya' – Ayah Nidza Afham

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2024 8:15AM

Bapa kepada Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar, Mokhtar Mahmud (tengah) tiba di Unit Forensik Hospital Shah Alam malam tadi. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Saya Reda Pemergiannya' – Ayah Nidza Afham

KLANG – Ayah kepada penyanyi dan Youtuber Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.

Mokhtar Mahmud, 57, berkata, saat melaungkan azan di Jambatan Kota di Klang petang semalam hatinya masih kuat menginginkan anaknya itu pulang ke rumah dengan selamat.

"Masa azan petang tadi (semalam) saya harap Am (nama panggilan Muhammad Nidza Afham) dijumpai (dengan selamat), namun saya reda dengan pemergian beliau.

"Itu memang Am (ketika diminta membuat pengecaman), anak lelaki saya," kata guru Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya di Shah Alam itu.

Mokhtar berkata beliau bergegas ke lokasi penemuan mayat anaknya itu selepas menerima panggilan daripada ahli keluarga pada 7.30 petang semalam.

"Tiba di lokasi, ahli keluarga mengesahkan bahawa jasad itu adalah anak saya berdasarkan wajah dan baju yang dipakainya," katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di lokasi mayat ditemukan iaitu berdekatan Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah di sini malam tadi.

Mokhtar memaklumkan kali terakhir beliau berjumpa dengan anak kelima daripada tujuh beradik itu ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anak lelakinya bulan lepas.

"Petang semalam (Selasa), Am ada menghubungi saya untuk memberi sejumlah wang saku. Saya masih terkejut dengan kejadian ini, namun reda dengan ketentuan Ilahi," katanya.

Mokhtar berkata beliau menyerahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan lanjut dan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Puncak Alam, Kuala Selangor.

Sebelum ini, Muhammad Nidza Afham dikatakan keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangannya disedari pada 9 malam kelmarin.

Adiknya, Afrina Hanie mendakwa kehilangan abangnya berkaitan dengan kes samun susulan kad debit dan wang tunainya hilang manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet tidak terusik ketika ditemui di atas Jambatan Sungai Klang. – BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 31 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad