web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Tiba Di CIQ Sungai Golok, Narathiwat Untuk Lawatan Kerja

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2024 2:33PM

Anwar Ibrahim, bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin, ketika lawatan kerja di Sungai Golok dan Rantau Panjang, bertempat di ICQS Rantau Panjang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NARATHIWAT – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks CIQ (Kastam, Imigresen, Kuarantin) Sungai Golok di sini, bagi mengadakan lawatan kerja hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri disambut rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin pada 11.23 pagi (waktu tempatan Thailand).

Tujuan utama lawatan kerja itu adalah untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara.

Lawatan Anwar turut disertai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar dan Srettha juga mengadakan perbincangan mengenai isu dua hala, termasuk isu persempadanan Malaysia-Thailand, inisiatif kesalinghubungan untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan sempadan kedua-dua negara dan Proses Dialog Damai di Selatan Thailand.

Selesai sesi perbincangan, Anwar bersama Srettha bergambar kenangan dan bersalaman di hadapan Kompleks ICQS Rantau Panjang, di sini, berhampiran Jambatan Malaysia-Thailand selepas lawatan kerjanya di CIQ Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Thailand dijangka memulakan projek pembinaan jambatan kedua yang dikenali sebagai Jambatan Kembar di Rantau Panjang-Sungai Golok itu, pada bulan April tahun depan.

Gabenor Wilayah Narathiwat Trakul Thotham dilaporkan berkata penaksiran kesan persekitaran (EIA) akan dijalankan sebelum projek pembinaan bermula, Jambatan Kembar itu akan berfungsi sebagai jambatan kedua, selepas Jambatan Muhibbah yang menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok.

Jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok itu akan mempunyai enam lorong bagi memudahkan pergerakan keluar masuk kenderaan antara Malaysia dan Thailand. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar