web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Kecewa Terhadap Golongan Antivaksin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 1:09PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar dari Facebook Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan tidak berkenan mengenai kewujudan golongan antivaksin di Selangor dan berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pemahaman terpesong seumpamanya.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Muhamad Munir Bani dalam satu kenyataan memaklumkan baginda percaya vaksin mampu menyelamatkan nyawa masyarakat khususnya daripada wabak COVID-19.

“Baginda bimbang sekiranya terdapat individu ataupun masyarakat yang berdegil untuk tidak menerima suntikan vaksin COVID-19, sasaran untuk mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini tidak akan tercapai sekali gus meletakkan negara dalam krisis wabak yang lebih meruncing dan berbahaya,” menurut kenyataan itu.

Baginda turut berdukacita dengan peningkatan angka harian kes positif baharu di Selangor dan jumlah kematian yang amat membimbangkan di negeri ini serta berharap agar Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJABV) mempercepat dan menambah bilangan dos vaksin untuk rakyat Selangor.

Sultan Sharafuddin juga menzahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bahawa sehingga 1 Jun, Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin COVID-19 dan bukan 2.9 juta dos seperti yang didakwa.

"Adalah tidak adil apabila nisbah jumlah pemberian dos vaksin ketika ini tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk di negeri Selangor yang berjumlah 6.5 juta," titah baginda dalam kenyataan itu.

Sultan Sharafuddin bertitah dalam situasi sekarang, nyawa rakyat haruslah diberi keutamaan berbanding agenda lain dan baginda mahu supaya Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor ditambah khususnya di kawasan luar bandar serta berpendapat pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi.

Baginda turut memuji langkah kerajaan Selangor yang ketika ini agresif melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara percuma untuk seluruh rakyat Selangor dan baginda menasihatkan agar rakyat yang menerima suntikan vaksin COVID-19, supaya kekal berada dalam keadaan waspada dan berhati-hati.

Sultan Sharafuddin merayu agar rakyat terus tekun mematuhi arahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan termasuklah duduk di rumah jika tiada urusan yang penting dan tidak leka dalam mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sultan Sharafuddin juga menzahirkan ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan hospital kerajaan dan swasta serta klinik kesihatan yang masih bertungkus-lumus menjalankan tugas serta tanggungjwab dengan penuh komited dan berdedikasi untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat sentiasa terperlihara. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 minit yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar