web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2024 12:33PM

Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA –  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, Kerajaan Madani kekal teguh walaupun dikritik atas keputusan yang tidak popular seperti pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah.

"Tidak mudah dalam negara ini kerana politik kebencian terlalu menebal, tak ambil gaji dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi, fakta tidak dipedulikan sama sekali," katanya semasa perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau menegaskan politik kebencian dan gelaran daripada pembangkang tidak akan mengganggu tumpuannya untuk mentadbir negara dengan cekap.

Anwar menegaskan beliau tetap fokus terhadap cabaran yang dihadapi dan tidak akan membenarkan taktik-taktik sedemikian mempengaruhi beliau.

"Jadi yang diutarakan ialah kebencian, apakah ini harus mengganggu kita? Tidak," kata beliau.

Anwar dalam pada itu menggesa semua badan penguatkuasa di seluruh negara supaya mengekalkan standard tinggi dalam pengutipan hasil negara serta mematuhi undang-undang dengan ketat tanpa mengambil jalan pintas.

“Semua badan penguatkuasa kena ambil sikap tidak menarah, elakkan daripada kecurangan. 

"Kita susah payah umpamanya buat penyasaran subsidi diesel tetapi bidang penguatkuasaan, kebocoran masih diteruskan ia tak adil dan mengundang malapetaka kepada negara.

“Ini (penjimatan subsidi) akan kembali kepada rakyat,"tegasnya. – The Malaysian Insight, 2 Julai, 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad