web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 7:55PM

Tiga pemenang hadiah utama bergambar bersama Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff BK Lee (dua, kiri) - Gambar Sophia Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika memutuskan untuk membeli unit kondominium di bawah projek 99 Residence, Chong Min Yu, 30 beranggapan ia hanyalah satu anjakan paradigma buat dirinya dan keluarga.

Bagi wanita itu, unit kondominium berkenaan ialah pelaburan buatnya dan suami yang mahu memulakan kehidupan dengan lebih selesa dan privasi, justeru dia terperanjat besar apabila percaturan tersebut membuahkan kejutan yang amat tidak disangka.

Hujung minggu lalu, ibu dua anak ini diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah dianjurkan khusus oleh Kumpulan JL99 buat pembeli-pembeli unit kondominium 99 Residence. 

Hadiah dimenangi Setiausaha Syarikat itu bukan calang-calang, kerana dia membawa pulang kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang bernilai RM101,600.

“Saya sebelum ini tak pernah menang apa-apa cabutan bertuah, walaupun hamper. Inilah kali pertama nama saya dipanggil,” katanya.

Chong Min Yu bersama hadiah dimenangi - Gambar Sophia Ahmad
Chong Min Yu bersama hadiah dimenangi - Gambar Sophia Ahmad

Memaklumkan unitnya masih sedang diubah suai, Min Yu berkata, dia tahu keputusan membeli rumah terbabit tidak pernah salah.

“Waktu saya dan suami setuju untuk beli rumah ini, gerak hati saya memberitahu, ada perkara baik yang akan berlaku buat kami. Mungkin kereta ini salah satu perkara baik itu, mungkin juga tuah anak kami yang baru lahir,” katanya, tersenyum.

Meskipun teruja memenangi kereta itu, dia sudah memutuskan untuk membuat penukaran dengan wang tunai.

“Sayang memang sayang, tapi wang itu kami boleh gunakan untuk melengkapkan kediaman kami sebelum berpindah masuk. Boleh juga diguna untuk menambah wang simpanan yang ada,” katanya yang masih bercuti selepas melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu.

Pengurus Perolehan, Keoh Ming Yien, 41, turut berkongsi kisah seakan sama, cuma bezanya, dia memenangi sebuah unit kondominium seluas 900 kaki persegi.

Keoh Ming Yien teruja sebaik diumumkan sebagai pemenang pertama - Gambar Sophia Ahmad
Keoh Ming Yien teruja sebaik diumumkan sebagai pemenang pertama - Gambar Sophia Ahmad

Bernilai RM545,000, unit kondominium berkenaan ialah hadiah pertama untuk pusingan ketiga cabutan bertuah tersebut.

Ming Yien ketika ditemui berkata, dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu menjual atau menyewakan rumah dimenanginya.

Jelas anak kelahiran Sitiawan, Perak itu, dia masih memerlukan masa untuk menerima kenyataan.

“Saya tak pernah tau (menang cabutan bertuah) sebelum ni. Inilah first time. Rasa macam tak jejak bumi aja bila diberitahu saya menang rumah,” katanya sambil ketawa.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan JL99, Nurainaa Che Abdullah berkata, selain tiga pemenang hadiah utama, turut terpilih ialah 10 pembeli yang menerima hadiah wang tunai bermula dari RM2,000 hingga RM8,000.

Nurainaa Che Abdullah - Gambar Sophia Ahmad
Nurainaa Che Abdullah - Gambar Sophia Ahmad

“Kita ada tiga pusingan cabutan bertuah. Pusingan pertama dan kedua masing-masing menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM500,000 dan sudah diadakan beberapa bulan lalu manakala pusingan ketiga RM1 juta,” katanya.

Lebih menarik jelas beliau, orang ramai masih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah tersebut kerana projek 99 Legend masih dibuka untuk pembelian.

“Apabila jumlah pembeli sudah mencapai 50 peratus, kita akan mulakan dengan cabutan bertuah pusingan pertama,” katanya.

Sekadar info, harga jualan 99 Legend bermula daripada RM470,000 hingga RM760,000. - Getaran, 1 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 4 tahun yang lalu

Hanya Cabutan Bertuah, Bukan Beri Imbuhan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad