web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya Cabutan Bertuah, Bukan Beri Imbuhan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 4:17PM

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menafikan dakwaan beliau menjanjikan imbuhan kepada pengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Beliau menegaskan, dakwaan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berasas kerana apa yang dilakukan hanya menawarkan cabutan bertuah semata-mata bagi membantu menggalakkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

“Tiada niat untuk melakukan apa-apa kesalahan, tiada niat untuk memberi imbuhan kepada pengundi. Boleh semak siapa yang nak diberi imbuhan dan sebagainya.

“Apa yang telah dilakukan oleh jawatankuasa yang menganjurkan cabutan bertuah itu adalah untuk sedikit sebanyak menggalakkan orang turun mengundi.

“Sekiranya lebih ramai orang turun mengundi lebih bagus. (Cabutan bertuah) pun bukannya tahu siapa yang akan dapat,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Karim telah mengarahkan jawatankuasa penganjur bagi membatalkan program cabutan bertuah berkenaan dan hadiah tersebut akan disumbangkan dalam satu majlis kesyukuran sekiranya GPS mencapai kemenangan pada PRN Sarawak.

“Hadiah cabutan bertuah itu nanti kita simpan untuk majlis kesyukuran kemenangan. Ini kerana kita sangat yakin kita akan menang di Asajaya,” katanya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat berhubung video kempen berkenaan daripada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Asajaya Mahmud Epah dan peguamnya Dominique Ng pada Khamis.

SPRM memaklumkan wakil PKR itu telah menyerahkan salinan laporan polis berkaitan dengan isu yang sama kepada pihaknya di Kuching.

“Satu video berdurasi 1 minit 12 saat berkenaan dengan kempen yang dibuat oleh calon N.15 Asajaya dari GPS iaitu Datik Seri Abd Karim Rahman Hamzah, yang mengatakan akan mengedarkan slip kepada setiap isi rumah yang layak mengundi.

“Beliau dikatakan slip yang diedarkan itu untuk menarik orang ramai turun mengundi dan serta melayakkan mereka untuk membuat cabutan bertuah berupa hadiah yang menarik selepas pilihan raya,” katanya. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish