web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 2:38PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah di sini, dua minggu lepas.

Hairil Anaas Abdullah, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa menyebabkan kematian Nisya Syahkila Shaharun, 32, di bilik sebuah hotel di Pekan Batu Gajah di sini, antara 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 9 Ogos depan bagi sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat dan ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 20 Jun lepas, penganggur itu ditahan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira pukul 2 petang selepas menyerah diri, dan memberitahu dia telah membunuh isterinya di sebuah bilik hotel.

Sementara itu ibu kepada Nisya Syahkila, Rozita Radzuan, 56, yang berada di pekarangan mahkamah kelihatan dalam keadaan sebak, jelas tidak dapat menahan kesedihan semasa mengalirkan air matanya.

"Anaas, sampai hati sanggup kamu bunuh anak ibu, Nisya itu baik, 32 tahun ibu jaga anak ibu," suaranya yang menahan sebak jelas kedengaran semasa dia cuba ditenangkan ahli keluarga. - BERNAMA
 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad