web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 8:08PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permintaan Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah masih belum diperkenan baginda. 

Sumber memberitahu Harian Metro, Hamidin masih belum menerima sebarang jawapan untuk permohonan beliau itu.

“Betul, permohonan Hamidin untuk menghadap Sultan Selangor belum mendapat perkenan,” kata sumber tersebut.

Permintaan daripada Hamidin dibuat sebagai respons kepada kontroversi terbaru yang melibatkan Selangor FC.

Sultan Sharafuddin yang juga penaung Selangor FC semalam menzahirkan rasa kecewa dan amat dukacita terhadap tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan kurangnya keprihatinan serius daripada Hamidin.

Sultan Sharafuddin, bekas presiden FA Selangor1 tidak berpuas hati dengan hukuman yang dianggap berlebihan oleh MFL terhadap Selangor FC kerana menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei.

Sebagai respons kepada ketidakpuasan Sultan Sharafuddin, MFL mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC dengan mengurangkan denda daripada RM100,000 kepada RM60,000, menarik balik pemotongan tiga mata dan membenarkan penyokong menghadiri perlawanan Selangor-JDT di Stadium MBPJ pada November.

Bagaimanapun perbelanjaan yang ditanggung oleh MFL dan JDT untuk Piala Sumbangsih masih dalam kajian. – Getaran, 28 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Kemahiran Individu Dan Benteng Pertahanan Kunci Kejayaan JDT, Kata Jurulatih

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran