web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Ragut Barangan Berharga Warga Asing, Penganggur Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 8:24PM

Wan Kamarul Azran Wan Yusof - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit kejadian cubaan meragut barangan berharga milik seorang wanita warga China di Southville City di Sepang semalam yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di Kampung Jenderam Hilir kira-kira 4 petang semalam susulan laporan yang diterima.

Beliau berkata pihaknya telah menerima laporan seorang lelaki yang telah merakam kejadian itu yang berlaku di sebuah kawasan kediaman di Southville City kira-kira 10.45 pagi semalam.

"Suspek merupakan seorang pengangggur dan tidak mempunyai rekod lampau. Turut dirampas ialah motosikal yang digunakan dalam kejadian," katanya sambil menambah, permohonan reman dilakukan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Wan Kamarul meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak berkongsi berita yang tidak benar mengenai kejadian itu di media sosial.

Difahamkan dalam kejadian tersebut, seorang lelaki menaiki motosikal dikesan cuba meragut barangan berharga mangsa yang diletakkan di tepi jalan.

Namun, cubaan ragut itu tidak berhasil dan suspek kemudian melarikan diri, tetapi kejadian itu sempat dirakam orang awam, malah nombor pendaftaran motosikal suspek juga berjaya direkodkan dalam video berdurasi 28 saat yang tular di media sosial TikTok. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 39 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad