web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tumpas Sindiket Judi Internet Korea Selatan Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 7:34PM

Ayob Khan (dua dari kanan) bersama barang-barang yang dirampas dalam 2 serbuan di Iskandar Puteri, Johor Bahru, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kos pengoperasian yang murah, kualiti jaringan internet dan tahap keselamatan di Malaysia adalah faktor yang membuatkan sindiket judi dalam talian berpangkalan di Korea Selatan menjadikan negara ini sebagai pusat operasi mereka.

Sindiket yang sudah beroperasi selama dua tahun itu bagaimanapun lumpuh di tangan Polis Johor, menerusi dua serbuan dalam operasi khas di kawasan Iskandar Puteri di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Operasi berkenaan berjaya menahan sembilan lelaki warga Korea Selatan dan seorang rakyat tempatan berusia antara 29 hingga 66 tahun, membabitkan rampasan dengan nilai keseluruhan sekitar RM150,000.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi yang dijalankan 'task force' Polis Kontinjen Johor bersama Polis Daerah Iskandar Puteri itu adalah tangkapan pertama membabitkan warga Korea Selatan di Johor pada tahun ini.

"Siasatan awal mendapati, sindiket ini menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi perjudian dalam talian sejak dua tahun lalu dengan menyasarkan pelanggan di Korea Selatan. 

"Transaksi mereka akan terus masuk ke dalam akaun bank yang berpusat di Korea Selatan, mencakupi sembilan platform perjudian dalam talian," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini. 

Beliau berkata, sembilan warga Korea Selatan itu menjalankan tugas perkhidmatan pelanggan yang menjaga aktiviti judi berkenaan, manakala warga tempatan adalah 'runner' untuk membantu menjaga kebajikan semua petugas, termasuk dari kemudahan tempat tinggal, makan dan minum. 

Katanya, modus operandi sindiket ini adalah dengan memasuki ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong sebelum mencari penginapan di kediaman elit bagi memperoleh jaringan internet yang pantas. 

"Setiap tiga hingga enam bulan, mereka akan menukar lokasi operasi bagi mengelakkan dikesan oleh pihak polis," katanya dalam sidang media itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Polis Johor. 

Ayob Khan menarik perhatian, wang taruhan sindiket terbabit mencecah RM1 juta setiap hari dengan 236 orang terlibat, dengan anggaran kira-kira 1,500 orang sebulan.

"Menerusi data yang diperoleh dalam komputer mereka ini, kita dapati nilai taruhan secara keseluruhan sudah mencecah RM87 juta," katanya. 

Menurut beliau, operasi dan siasatan akan terus dijalankan kerana pihaknya yakin masih ada  saki-baki ahli sindiket yang terlibat. 

Katanya, semakan rekod lampau ke atas warga tempatan yang ditahan pula mendapati dia pernah disabitkan dengan kesalahan berkaitan dadah.

Dalam serbuan itu, polis merampas enam komputer, empat komputer riba, 13 telefon bimbit, lapan kad ATM, 12 kad prabayar, empat modem, empat tablet, wang tunai RM36,168, wang tunai 7.77 juta won (RM28,887) dan sebuah pacuan empat roda dari jenis Toyota Hilux. 

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 15 (1)(C) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Kawasan Tempatan Yang Dijangkiti) 2012. 

Bagi suspek warga Korea Selatan, mereka direman 14 hari, manakala suspek warga tempatan direman selama tiga hari, semuanya bermula semalam. 

Pada masa sama, Ayob Khan berkata, sebanyak 1,126 serbuan dengan 1,496 tangkapan telah dibuat Polis Johor membabitkan aktiviti perjudian, bermula 1 Januari lalu hingga kelmarin.

Katanya, antara aktiviti perjudian yang terlibat adalah judi dalam talian dengan 366 serbuan dan 477 tangkapan, empat serbuan dan 24 tangkapan bagi pusat panggilan serta 705 serbuan dan 707 tangkapan bagi aktiviti loteri awam. 

"Bagi judi dalam bangunan, kita telah membuat 31 serbuan dengan 210 tangkapan, manakala bookie awam sebanyak 14 serbuan dan 28 tangkapan serta perjudian di tempat bebas membabitkan lapan serbuan dan 50 tangkapan," katanya. – Getaran, 7 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar