web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kantoi’ Curang Dan Pukul Isteri, Lelaki Berdepan Siasatan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 1:20PM

Rakaman kejadian yang memaparkan seorang wanita dipukul suaminya selepas berjaya menghidu kecurangan lelaki itu - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah membuka satu kertas siasatan selepas seorang wanita dipukul suaminya hingga mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa telah membuat laporan polis susulan kejadian.

Menurut beliau, siasatan mendapati insiden tersebut berlaku sekitar jam 9.50 pagi di sebuah hotel di Port Dickson, 24 Mei lalu.

“Pergaduhan tersebut melibatkan sepasang suami isteri dan punca kejadian dipercayai kecurangan si suami.

“Akibat dipukul, mangsa yang juga seorang wanita Melayu mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan,” katanya.

Aidi Sham berkata, polis turut mengesan penyebaran video yang nemaparkan rakaman kejadian di Facebook sekitar jam 3 petang semalam.

Video berdurasi 31 saat itu katanya, memaparkan seorang lelaki Melayu memukul seorang perempuan Melayu di sebuah premis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang awam supaya tidak menviralkan isu berkenaan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan mendatangkan kegusaran awam,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad