web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Ikat Jamin 7 Remaja Terlibat Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Ditolak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 8:29AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan tujuh remaja yang berdepan pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki kolej vokasional berusia 17 tahun di Lahad Datu untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu sebutan seterusnya kes itu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan istimewa yang mewajarkan perintah agar permohonan bagi mendapatkan jaminan mereka dibenarkan.

Beliau juga berkata permohonan itu adalah pramatang kerana kes itu belum lagi dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan mereka bebas berbuat demikian apabila perkara itu berlaku.

Kesemua remaja lelaki diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Amirul Amin Rashid dan Chen Wen Jye manakala Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain dan Ng Juhn Tao bertindak bagi pihak pendakwaan.

Terdahulu, Ram berkata bagi Seksyen 388(1) Kanun Tatacara Jenayah, pemohon menyedari ia hanya terpakai kepada mereka yang berusia di bawah 16 tahun, wanita dan individu uzur atau kurang upaya manakala kesemua pemohon kini berumur 17 tahun dan meskipun mereka bukan berusia di bawah 16 tahun, Akta Kanak-Kanak 2001 masih terpakai.

"Dari segi pemohon yang menyaksikan 13 orang didakwa dengan tujuh daripada mereka membuat permohonan ini, mereka adalah penduduk tempatan dan berasal dari pelbagai bahagian di Sabah seperti Kota Marudu, Pitas dan Kota Belud, mereka tidak berisiko melarikan diri serta dijaga oleh ibu bapa masing-masing dan jika jaminan dibenarkan, ibu bapa mereka akan menjadi penjamin," katanya.

Bagaimanapun, Hurman berkata mengikut Seksyen 388(1) Kanun Tatacara Jenayah, pemohon tidak terjumlah ke dalam mana-mana kategori manakala Seksyen 84 Akta Kanak- Kanak tidak terpakai kepada keadaan semasa mereka.

"Sebab utama untuk jaminan ialah supaya pemohon boleh meneruskan pengajian mereka untuk mendapatkan Sijil Vokasional namun perkara itu tidak lagi mungkin berlaku seperti yang dimaklumkan oleh pengarah kolej vokasional jadi mereak hanya boleh melanjutkan pengajian sebagai calon swasta bagi menduduki SPM.

"Afidavit jabatan penjara amat jelas mengenai kesanggupan dan keupayaan mereka untuk memudahkan langkah ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan.

"Kes ini membabitkan banyak saksi dan pelbagai lokasi kejadian yang biasa digunakan oleh pemohon sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan mudah terdedah kepada gangguan," katanya.

Pada 16 Mei lepas, Mahkamah Majistret Lahad Datu menetapkan 27 Jun sebagai sebutan semula kes.

Pada 2 April lepas, 13 remaja lelaki berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun didakwa di Mahkamah Tinggi Lahad Datu atas pertuduhan membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan pada Mac lepas namun tiada pengakuan direkodkan.

Mereka didakwa membunuh mangsa di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu antara 9 malam 21 Mac lepas hingga 7.38 pagi hari berikutnya.

Pertuduhan terhadap mereka ialah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan 12 kali jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Bunuh Isteri

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad