web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 12:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PROTON Holdings Bhd memohon maaf atas kesilapan label Sabah dan Sarawak pada pelancaran kenderaan elektrik pertamanya semalam.

Pengeluar kereta itu menerusi satu kenyataan mengakui kesilapan dalam pembentangan semasa pelancaran dan amat menyesali kesilapan itu.

“Kami amat kesal dengan kesilapan ini dan memahami sensitiviti yang telah ditimbulkan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

“Proton menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia, dan kami komited untuk menghormati dan meraikan semua negeri secara sama rata.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai sebarang maklum balas daripada orang ramai,” katanya.

Proton juga memberi jaminan untuk lebih berhati-hati di masa hadapan.

Semalam, semasa pelancaran jenama Proton e.Mas, pemerhati menyedari kesilapan pelabelan dalam rangkaian jualan Proton untuk perniagaan EVnya.

Negeri-negeri Malaysia Timur dilabel secara salah dengan Sabah dan Sarawak bertukar kedudukan.

Ini telah mencetuskan kritikan di media sosial, dengan pengguna menyelar Proton kerana kegagalannya untuk memberi perhatian kepada butiran.

Seorang pengguna bernama Kai berkata ia kelihatan seperti “kesilapan kecil tetapi ini jelas menunjukkan betapa sedikitnya rasa hormat orang Semenanjung biasa terhadap Sabah & Sarawak.” – The Malaysian Insight, 13 Jun, 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad