web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Diingatkan Tidak Guna ‘Helah’ Pakai Ihram Lakukan Tawaf Sunat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 1:08PM

Ustaz Suhaimi Samad - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Jemaah haji lelaki dinasihatkan supaya tidak melakukan taktik memakai ihram semata-mata untuk melakukan tawaf sunat di Mataf iaitu persekitaran Kaabah.

Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci Lembaga Tabung Haji (TH) Ustaz Suhaimi Samad berkata, walaupun dari segi hukum ibadah itu sah, namun ia tetap salah dari segi adab kerana menipu untuk beribadah.

"Saya banyak terima persoalan apakah hukum kalau jemaah tidak buat umrah, tetapi pakai ihram untuk membolehkan dia tawaf di Mataf. Memang tidak boleh sebab pihak berkuasa Arab Saudi telah menetapkan tawaf di Mataf hanya dibolehkan untuk mereka yang berniat umrah.

“Memang dari segi hukum ia sah tetapi dari segi adab, dia telah menipu dengan berpakaian ihram semata-mata untuk tawaf sunat di Mataf. Kalau nak buat ibadah, saya nasihatkan jemaah ikut saja peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Mudah-mudahan kita dapat pahala dan ibadah kita diterima," katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya terdapat kelonggaran bagi jemaah lelaki untuk berbuat demikian melibatkan beberapa situasi termasuk dalam kes suami mahu menemani isterinya menyempurnakan tawaf umrah yang sebelum ini tidak dapat dilakukan kerana haid.

Pada masa sama, beliau menasihati jemaah haji yang ingin menunaikan tawaf sunat supaya melakukannya di tingkat satu Masjidil Haram bagi mengelakkan kesesakan di Mataf susulan keadaan umat Islam dari seluruh negara telah mula membanjiri masjid itu ketika ini.

"Kalau tidak ada kemampuan hendak berjalan, kita boleh menggunakan perkhidmatan skuter elektrik yang disediakan oleh pihak Masjidil Haram. Harus dingat setiap riyal dibelanjakan akan diberi ganjaran seratus ribu kali ganda," katanya.

Sementara itu, beliau turut menegur sikap segelintir jemaah haji yang lebih gemar menyelesaikan persoalan isu agama dihadapi mereka berpandukan media sosial serta teman sebilik berbanding berjumpa dengan guru agama bertauliah termasuk pembimbing ibadah haji di tanah suci.

"TH sentiasa membawa pembimbing ibadat haji untuk membantu jemaah semasa di Tanah Suci...kalau ada isu kemusykilan ibadah haji kena rujuk kepada pakar dan guru agama TH.

"Kami sendiri pun kalau ada soalan kritikal, akan dirujuk kepada pakar dan tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum atau permasalahan. Hal ini bagi memastikan ibadah itu dapat dilakukan sempurna mengikut tuntutan syariat Islam," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad