web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Bas Rompin: PM Salur Sumbangan RM40,000 Kepada Waris Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 5:33PM

Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM40,000 kepada waris keluarga empat individu yang meninggal dunia terbabit dalam kemalangan bas di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang awal pagi Ahad.

Sumbangan RM10,000 kepada setiap keluarga itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.  Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut hadir menyantuni kesemua keluarga terlibat.

Shamsul Iskandar ketika ditemui pemberita berkata sumbangan itu adalan sebagai tanda keperhatinan Perdana Menteri dan kerajaan kepada kelarga yang diuji dengan ujian sangat berat, di samping turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga berkenaan.

"Datuk Seri Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat serta sukarelawan yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah dalam usaha membantu mangsa kemalangan.

"Kerajaan juga komited untuk terus berusaha memastikan keselamatan rakyat dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan tragedi seperti ini daripada berulang di masa hadapan," katanya ketika ditemui di pekan Ramuan China Besar di sini hari ini.

Terdahulu beliau melangkan masa bertanya khabar dan menyampaikan ucapan takziah daripada Perdana Menteri kepada keluarga arwah Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang juga Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram.

Beliau turut menziarahi keluarga guru SK Jeram Dahlia Ahmad, 52, di Kampung Sungai Tuang, keluarga Pembantu Operasi SK Jeram, Hamzah Ahmad, 60, di Kampung Londang dan keluarga Hadi Asyraf Mad Idris, 29, di Padang Temu.

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 orang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru dari sekolah itu bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri satu program penanda aras. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

PM Beri Sumbangan Kepada Seniwati Sophia Ibrahim Bantu Ringan Kos Perubatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Seorang Lagi Guru Maut Nahas Bas Rompin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Nahas Bas Di Rompin Sempat Tanya Keadaan Anak Sebelum Meninggal Dunia

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

10 Maut, Puluhan Cedera Dalam Nahas Bas Di Australia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar