web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Lagi Guru Maut Nahas Bas Rompin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 8:24AM

- Gambar Bomba Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN - Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi semalam meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam ini dan memaklumkan mangsa keempat meninggal dunia dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.

"Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan," katanya.

Menurutnya 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.

Sementara itu, anak Dhalia, Huda Hamizah, 23, berkata beliau tidak menyangka pelukan dan ucapan " Saya cintakan awak" kepada bapanya merupakan yang terakhir sebelum berlepas mengikuti rombongan tersebut.

"Sudah menjadi kelaziman untuk ibu bersalam dan peluk ayah sebelum keluar rumah namun ucapan 'saya cintakan awak' adalah jarang sekali diungkapkan ibu.

"Kali terakhir kami jumpa pagi Sabtu sebelum bertolak ke politeknik di Kedah.Ibu tidak dapat ikut kerana ada Kem Bestari Solat di sekolah sebelum malamnya bergerak mengikuti rombongan tersebut.

"Agak terkilan juga sebab tidak dapat peluk Umi (ibu) pada hari terakhir," kata anak sulung daripada lima beradik ini ketika ditemui di Unit Forensik HTAA.

Huda Hamizah berkata jenazah ibunya akan dikebumikan di Kampung Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka pagi esok.

Guru berkenaan merupakan mangsa keempat selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris, 29, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. -
BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Nahas Bas Rompin: PM Salur Sumbangan RM40,000 Kepada Waris Mangsa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Nahas Bas Di Rompin Sempat Tanya Keadaan Anak Sebelum Meninggal Dunia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sudahlah Tiada Lesen, Terbabit Pula Dengan Kemalangan Maut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Kesihatan Siasat Punca 3 Sekeluarga Dijangkiti Batuk Kokol

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad