web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Maut, Puluhan Cedera Dalam Nahas Bas Di Australia

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 11:39AM

Nahas berlaku di Wine Country Drive berhampiran Lebuhraya Hunter dan anggota kecemasan menerima panggilan kira-kira pukul 11.30 malam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SYDNEY - Seramai 10 orang maut manakala 25 yang lain dibawa ke hospital selepas sebuah bas yang membawa rombongan perkahwinan terbabit dalam nahas jalan raya di wilayah Hunter di Australia pada Ahad, menurut kenyataan Polis New South Wales (NSW) pada Isnin.

Nahas berlaku di Wine Country Drive berhampiran Lebuhraya Hunter dan anggota kecemasan menerima panggilan kira-kira pukul 11.30 malam.

Pada sidang akhbar yang diadakan pagi Isnin, Pemangku Polis NSW Asisten Komisioner Tracy Chapman berkata 10 orang disahkan meninggal dunia, dengan 25 orang lagi mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.

Chapman berkata kemungkinan ada mangsa yang terperangkap dalam bas yang terbalik itu dan jumlah korban serta kecederaan mungkin bertambah. 

"Pemandu bas berkenaan berusia 58 tahun telah dibawa ke hospital untuk jalani ujian. Dan dia kini berada di Balai Polis Cessnock dan kini ditahan," kata Chapman.

Beliau berkata setakat ini hasil siasatan mendapati nahas itu hanya membabitkan satu kenderaan namun, siasatan lanjut akan dijalankan.

Pihak polis sedang berusaha mengenal pasti mangsa dan menghubungi waris. 

Sementara itu, Perdana Menteri Anthony Albanese di media sosialnya berkata: “Semua rakyat Australia dikejutkan dengan berita tragis yang berlaku di Hunter itu, kami bersimpati kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi bas yang ngeri ini.”

Perdana Menteri NSW Chris Minns menerusi Twitter berkata: “Kehilangan nyawa yang menyayat hati. Ia berlaku pada hari yang sepatutnya dipenuhi dengan rasa cinta dan kebahagiaan.” - Bernama/Xinhua

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Nahas Bas Rompin: PM Salur Sumbangan RM40,000 Kepada Waris Mangsa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Seorang Lagi Guru Maut Nahas Bas Rompin

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad